Saturday, December 18, 2010

Surat akhir Cheguevera

3 Oktober 1965- Pemimpin Agung Revolusi Cuba Fidel Castro mengumumkan perlantikan baru jawatankuasa pusat Parti Komunis Cuba.

"Saya hendak bacakan sebuah surat, yang ditulis tangan dan kemudian diketik, dari Kawan Ernesto Guevara"kata Castro dpn anak dan bini Che...

Che-anak Dr dari Argentina,yg sama-sama berjuang menegakkan Cuba yang Sosiolis,khabarnya sudah hilang dari mata umum 6 bulan sebelum itu.

"Di kemudian hari, kita tahu itu benar, bahawa dlm revolusi salah satu pihak akan menang atau mati (bila itu benar revolusi)" tulis Che.

Che yg menjadi Men. Kewangan Cuba selepas Revolusi tulis "Banyak Kawan (baca comrade) yang berjatuhan sepanjang jalan menuju kemenangan."

"Aku rasa aku telah memenuhi kewajiban yang mengikatkanku pada Revolusi Cuba, kuucapkan selamat berpisah kepadamu.... "

"Kali ini bangsa2 lain mengharapkan 'perjuanganku" Ketahuilah "Itu semua menimbulkan luka yang dlm bagiku.Akan kubawa ke medan juang baru "

"Aku tak malu bahawa aku tak meninggalkan kekayaan untuk anak-anak dan istriku; aku bahagia dengan cara seperti itu"

"Aku ingin mengatakan banyak hal padamu juga rakyat kita, namun.. kata-kata tak akan mampu menzahirkan apa yang ingin kuungkapkan"

Surat itu ditutup dgn kata2 "Hasta la victoria siempre! "(Maju terus menuju kemenangan) Patria o muerte! (Tanah air atau mati) !!!

Bukan surat yang penting di sini,tapi apa yg menyebabkan Che tak puas hati,lepas menang,letak jawatan,kembali bergerila.Itu soalannya?

Dlm diarinya yg dijumpai setelah Che ditangkap,selepas 2 tahun bergerila di Bolivia,Che tulis apa yg menyebabkan dia meninggalkan Cuba.

Nota: Lupa Che juga pernah naik motor keliling Amerika Selatan dan ada filem mengenainya (The Motorcycle Diaries), (cuma dia tak konvoi).

"Sikap saya yg enggan berkompromi dgn PENIPUAN dan kapitalis menyebabkan beberapa negara komunis menyuruh Castro memberhentikan saya"

Juga baca wasiat Che pada anaknya,"Ayahmu ini seorang manusia yang bertindak atas keyakinan yang dipegangnya dan setia pada pendiriannya"

"Diatas segalanya, kembangkanlah selalu perasaan yg mendalam terhadap siapapun yang mengalami ketidakadilan,dimanapun di dunia ini"

"Inilah kualiti yang paling indah dari seorang revolusioner,sampai bilapun juga..."

"Anak muda bangun melawan,bila ketidakadilan berlaku,di mana juga,dan Revolusi elok bermula dari rumah (parti) sendiri" Che Ayat :)

Akhirnya: hangpa pikiaqlah sendiri,kalau hangpa tak lawan hari ini,jgn teringin nak ajak rakyat lawan kemudian hari :), buat malu muka saja.

Terima kasih.